02 August 2012

Kemaskini Terkini (Julai)

Assalammualaikum...sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini, maaf atas kesibukan admin.

Berikut merupakan antara aktiviti/program yang berlaku sepanjang bulan Julai.

1). Pada 10 Julai 2012 (Selasa), satu senaman Aerobik 1M1S 1 Malaysia telah dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, yang merupakan lambang pembudayaan budaya sihat dalam kalangan Malaysia.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, senaman aerobik ini telah dijalankan selama 30 minit.  Semua guru dan kakitangan serta pelajar terlibat sebagai tanda sokongan.

Barisan instruktor, diketua oleh En Asnawi dan Cik Noorul Farissa

2). Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-10

Pada 14 Julai 2012 (Sabtu), kejohanan merentas desa SMVS telah dijalankan dengan jayanya. Dengan bantuan daripada semua guru, pasukan ST John Ambulans cawangan Sandakan dan Unit Trafik, semua perkara yang dirancang telah berjaya disempurnakan.  Kejohanan kali ini telah dimenangi oleh adik Azman Kassim (4 Automotif) daripada rumah sukan Perdana dan adik Noranira Pauyong (4 PLC) daripada rumah sukan Perdana juga. Keputusan penuh bagi Kejohanan Merentas Desa kali ini, juara bersama telah diumumkan iaitu Perdana dan Wira (57 mata) dan diikuti Satria dengan 45 mata)

Entri berikutnya akan menceritakan tentang Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 25 2012 yang telah berlangsung pada 18-19 Julai 2012.

Terima kasih.

~Terampil dan Jitu~

20 April 2012

Makluman Terkini

Salam...berikut merupakan kemaskini ringkas tentang peristiwa berkaitan SMVS.

1). Kejohanan Bola Baling MSSD Sandakan 2012

Pasukan lelaki bawah 18 tahun menjuarai kejohanan tersebut apabila menewaskan SMK Gum-Gum 3-2. Tahniah diucapkan.
2). Pasukan Kriket SMVS telah mendapat tempat ke-2 apabila tewas dengan SM St Mary dengan skor 74-64.

3). Pengauditan Persijilan Persekitaran Berkualiti (QE)

Pada 13 April yang lepas, En Edward Binty, Auditor daripada Malaysian Productivity Corporation (MPC) telah membuat penilaian di SMVS. Hasil penilaian tersebut, SMVS layak dianugerahkan sijil QE dengan markah 86%. Hasil usaha dan penat lelah semua warga SMVS berbaloi. Semoga persekitaran ini kekal dan seterusnya membawa manfaat untuk kita semua.

4). Pada 15-19 April yang lepas pula, Karnival VokTek telah berlangsung di SMV Lahad Datu, nantikan keputusan sepanjang karnival pada entri berikutnya.

~Terampil dan Jitu~

21 March 2012

Kejohanan Bola Baling MSSD Sandakan 2012

Pada 21 dan 22 Mac 2012, Kejohanan Bola Baling MSSD Sandakan 2012 diadakan di SMK Taman Fajar. Pasukan bola baling lelaki dan perempuan SMV Sandakan juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan saingan. Pasukan bola baling kali ini di bawah kelolaan En Fizrolroy dan jurulatih ialah Cik Siti Zahirah Nor.

Semoga kejayaan milik mereka.

~Terampil dan Jitu~

13 February 2012

Aktiviti 5S

Aktiviti 5S dimulakan dengan majlis perasmian pada 11 Februari 2012 (sabtu) dan dirasmikan oleh puan pengetua cemerlang SM Vokasional Sandakan di Dewan Ukhuwah. Laporan anda boleh melihat segala aktiviti di www.5svokasionalsandakan.blogspot.com. segala aktiviti bagi mencapai 5S di sekolah Menengah Vokasional Sandakan akan di paparkan di laman ini.

20 January 2012

Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Sandakan 2012

Pada 19 & 20 Januari 2012, Kejohanan Hoki MSSD Sandakan telah berlangsung di Padang Hoki, Kompleks Sukan Sandakan. SMVS diberi mandat sebagai penganjur dan pasukan hoki lelaki SMVS juga mengambil bahagian.


Nantikan entri seterusnya untuk laporan ringkas sepanjang kejohanan tersebut.


~Terampil dan Jitu~

14 January 2012

Minggu Serasi 2012

"Transformasi Diri", itulah tema sempena Minggu Serasi 2012. Seperti kelaziman, selepas pendaftaran, minggu pertama persekolahan bagi tingkatan 4 adalah khas untuk mendapatkan sebanyak maklumat tentang SMVSd dan berkenalan dengan komuniti SMVS.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah sesi bersama pentadbir (Pengetua, PK), taklimat oleh Panitia BI & BM untuk Ujian Lisan, taklimat disiplin, koperasi, latihan nyanyian lagu sekolah, dan pelbagai lagi demi mempersiapkan pelajar baharu untuk menjadi warga SMVS.
Pn Hjh Rohani turut memberi taklimat tentang transformasi
Aktiviti Sukaneka
Bersama Pengetua
Antara aktiviti terakhir, Amazing Race

Semoga Minggu Serasi ini memberi impak positif kepada semua pelajar.

~Terampil dan Jitu~

10 January 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 2012

Pada 9hb Jan 2012, pendaftaran pelajar tingkatan 4 dijalankan di Dewan Ukhuwah, SMV Sandakan. Pelajar telah mendaftar mengikut kursus yang ditawarkan dan berurusan dengan pihak koperasi. Taklimat ringkas juga telah diberikan oleh Pn Ong Poh Suan, Pengetua cemerlang SMVS.
Semoga semua pelajar tingkatan 4 berjaya memberi impak positif kepada SMVS.

~Terampil dan Jitu~