29 April 2011

Pesta Pantun 2011

Pada 28 April, berlangsungnya pertandingan pantun antara sekolah yang bertempat di SMK Perempuan. SMV Sandakan juga menghantar wakil iaitu adik Fazlin, Muhd Fajri, Salleh Siddik, Syazwan dan Mohd Rosdi.


Namun rezeki tidak berpihak kepada pemantun SMVS kerana tidak mendapat sebarang tempat dan kemenangan berpihak kepada SM St Cecilia. Tahniah diucapkan dan penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Mohd Akhir dan guru-guru bahasa yang lain atas khidmat melatih dan bimbingan yang diberikan kepada wakil SMVS.

~Trampil dan Jitu~

24 April 2011

Taklimat Pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Taklimat untuk pelajar yang mengambil aliran kemahiran telah dilakukan pada 19 (BI), 20 (PAI/PM) dan 21 April (Matematik) yang bertempat di Dewan Serbaguna SMV Sandakan. Secara umumnya, taklimat ini adalah untuk memberi informasi terbaru tentang status pelajar SKM dimana mereka boleh membuat pilihan untuk mengambil SPM (6 subjek teras) atau menjalani PBS (4 subjek).


~Trampil dan Jitu~

22 April 2011

Bacaan Ikrar Pengawas SMV Sandakan

Semasa perhimpunan rasmi 18 April 2011 yang lalu, bacaan ikrar oleh pengawas tingkatan 5 disertai oleh pengawas percubaan tingkatan 4 dilaksanakan. Bacaan ikrar diketuai oleh adik Zaidul Arasin yang diberikan mandat selaku ketua pengawas. Diharapkan barisan pengawas ini dapat melakukan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.


~Trampil dan Jitu~

20 April 2011

Kursus Fasilitator Program Sahabat PPDa-Petronas

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Petronas dan JPN Sabah telah mengadakan Kursus Fasilitator Program PPDa-Petronas pada 12-14 April 2011 bertempat di Asrama Kompleks Sukan Sandakan. SMV Sandakan telah menghantar 3 orang pelajar untuk menyertai kursus ini, iaitu, adik Zulfazlie Azmi, Hariady B Sudirman dan Mohd Azmadi B Awang. Guru pengiring pula ialah Ustaz Muhamad Kadir.

Diharapkan kursus ini dapat memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada pelajar yang menyertainya dan seterusnya dapat digunakan di masa hadapan kelak.




~Trampil dan Jitu~

18 April 2011

Perkhemahan Perdana KRS Bahagian Sandakan 2011

Pada 15 - 17 April yang lalu, Perkhemahan Perdana KRS telah dijalankan di SMK Sandakan II. 10 orang pelajar SMV Sandakan telah menyertai perkhemahan tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Orienteering, Bantu Mula, Tali Temali, Ikhtiar Hidup, Kawad Kaki dan Malam Kebudayaan.

Pendaftaran peserta

Pemasangan khemah

Orienteering

Tali Temali

Ujian Kawad Kaki

Kemas khemah

Diharapkan pelajar yang menyertai perkhemahan ini dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin dan mendapat manfaat darinya.

~Trampil dan Jitu~

09 April 2011

Keputusan KAT/V 2011 (Bahagian 4)

Laporan ringkas terakhir dari KAT/V 2011 Beaufort;

BOLA SEPAK
Perlawanan ke-3 pasukan SMV Sandakan dibatalkan penyertaan

KAT IDOL
SMV Sandakan tidak mendapat tempat

Johan Kategori Solo: SMV Keningau

Johan Kategori Duet: SMT Lahad Datu

~Trampil dan Jitu~

08 April 2011

Keputusan KAT/V (Bahagian 3)

Perkhabaran dari Kejohanan Antara Teknik/Vokasional yang berlangsung di Beaufort setakat 3.00 petang 8 April 2011.

BOLA SEPAK

Pasukan bola sepak SMV Sandakan tewas perlawanan ke-2

SMV Sandakan (0) vs SMT Keningau (7)

REKACIPTA juga tidak berjaya mendapat tempat

Pasukan DEBAT BAHASA INGGERIS tewas perlawanan ke-2 kepada SMT Likas

Malam (8 April) ini bakal berlangsung KAT Idol, sama-sama kita doakan agar wakil SMV Sandakan dapat membawa berita gembira buat kita semua.

~Trampil dan Jitu~

07 April 2011

Keputusan KAT/V (Bahagian 2)

Berikut merupakan keputusan terbaru dari bumi beaufort setakat hari pertama (7 April 2011). (Kredit pada Cikgu Wan Razali atas informasi)

RAGBI

Pasukan ragbi SMV Sandakan tewas lagi perlawanan ke-3

SMV Sandakan (5) vs SMT Tawau (25)

BOLA JARING

Pasukan bola jaring SMV Sandakan menang perlawanan ke-3

SMV Sandakan (13) vs SMT Kudat (9)

SEPAK TAKRAW

Pasukan A menang perlawanan ke-3
Pasukan B tewas lagi perlawanan ke-3

SMV Sandakan A (2) vs SMT Kudat A (0)

SMV Sandakan B (0) vs SMT Kudat B (2)

Keputusan akan sentiasa dikemaskini.

~Trampil dan Jitu~

Keputusan KAT/V (Bahagian 1)

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Antara Teknik/Vokasional 2011 sehingga jam 12.00 tengah hari.

BOLA SEPAK

Pasukan bola sepak SMV Sandakan tewas perlawanan pertama

SMV Sandakan (1) vs SMV Beaufort (2)

(Jaringan adik Erman Bala)

RAGBI

Pasukan ragbi SMV Sandakan tewas ke-2-2 perlawanan

SMV Sandakan (0) vs SMV Beaufort (12)

SMV Sandakan (0) vs SMT Labuan (29)

BOLA JARING

Pasukan bola jaring SMV Sandakan kalah ke-2-2 perlawanan

SMV Sandakan (10) vs SMT Lahad Datu (15)

SMV Sandakan (6) vs SMT Keningau (34)

SEPAK TAKRAW

Pasukan A dan B tewas ke-2-2 perlawanan

SMV Sandakan A (1) vs SMT Likas A (2)

SMV Sandakan A (1) vs SMV Beaufort A (2)

SMV Sandakan B (1) vs SMT Likas B (2)

SMV Sandakan B (0) vs SMV Beaufort (2)

Debat Bahasa Inggeris

SMV Sandakan menang perlawanan pertama menentang SMV Beaufort


Nampaknya setakat ini, rezeki tidak berpihak kepada kebanyakan pasukan bagi kontinjen SMV Sandakan. Namun semangat juang tidak akan pernah luntur untuk menghadapi sisa-sisa perjuangan di bumi Beaufort. Jangan pernah berputus asa!

~Trampil dan Jitu~

05 April 2011

KAT 2011: Perjuangan Bakal Bermula

Kontinjen SM Vokasional Sandakan ke SMV Beaufort telah bergerak ke bumi beaufort pada pukul 1000 pagi tadi (5 April 2011). 3 buah bas dan 3 buah kereta memulakan perjalanan untuk perjuangan sempena KAT 2011. Seramai 17 orang pegawai serta 69 orang pelajar membawa harapan seluruh komuniti SMV Sandakan ke Kejohanan Tahunan Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011.

Pemeriksaan terakhir sebelum bertolak


Semoga kejayaan milik mereka! AMIN!

~Trampil dan Jitu~

04 April 2011

Kejohanan Antara Teknik (KAT) 2011

Pada 6-9 April 2011 bakal berlangsungnya Kejohanan Antara Teknik yang menyaksikan bumi Beaufort sebagai tuan rumah. Kontinjen SM Vokasional Sandakan akan memulakan perjalanan pada 5 April. Diharapkan perjalanan mereka diberkati dan seterusnya mampu berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam semua acara yang disertai.

Latihan pada hari-hari terakhir sebelum bertolak ke SMV Beaufort:

Kita doakan yang terbaik buat mereka. Selamat pergi, selamat kembali, bersama kejayaan terpatri!

Saksikan video persembahan peserta KAT idol di SINI

~Trampil dan Jitu~

01 April 2011

Bola Baling MSSD Sandakan 2011

Pertandingan Bola Baling MSSDS yang telah berlangsung pada 31 Mac 2011 di SMK Sandakan 2 juga membariskan pasukan daripada SM Vokasional Sandakan.

Pada peringkat kumpulan, pasukan SM Vokasional Sandakan berjaya menjadi Johan kumpulan apabila menang 2 (melawan SMK Sandakan 2 dan SMK Gum-Gum) dan seri 1 (melawan St Mary). Mengikut undian, pasukan SMV Sandakan akan bertemu St Micheal pada peringkat suku akhir.
Namun nasib tidak menyebelahi pasukan SMVS kerana tewas 2-4 kepada St Micheal. Walaubagaimanapun, pasukan SMVS tetap dilihat sebagai pasukan yang mampu memberi saingan. Sekalung penghargaan juga kepada jurulatih serta pengurus pasukan, En Fizrolroy, Cik Siti Zahirah dan En Wan Razali di atas khidmat yang diberikan untuk memperoleh hasil maksima daripada pasukan Bola Baling SMVS 2011. TAHNIAH!


~Trampil dan Jitu~