23 May 2011

Bola Sepak PSKPPS Daerah Sandakan 2011

Pada 21 & 22 Mei 2011 (Sabtu & Ahad) yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan Bola Sepak PSKPPS Daerah Sandakan 2011 di padang SMK Tinusa, Sandakan. Pasukan yang merupakan gabungan SMV Sandakan yang terdiri daripada En Talib, En Asnawi, En Azlan, En Kamal, En Khairulizam, En Azrulhisham, En Wan Razali serta gabungan daripada beberapa sekolah lain; En Hamka, En Sallehuddin, En Mustapha, En Zamri, En Shahrul (SMK Sandakan), Zufikal, En Syarif, En Badrol (SK Lung Manis) dan En Samsuri (SK Gum-Gum Kecil) telah menumpaskan gabungan Sg. Manila dan seterusnya menjadi Juara.
Wajah-wajah sang juara
Tandukan Emas semasa perlawanan Separuh Akhir
Permainan yang baik dipuji oleh pengurus pasukan
Bersedia untuk berkhidmat & memberi sumbangan bagi menjanjikan kemenangan mutlak bagi pasukan
Semasa sesi latihan sebelum perlawanan akhir

Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Semoga tahun depan kejuaraan milik kita lagi.

~Trampil dan Jitu~

19 May 2011

Peperiksaan Penggal 1 2011

Pada 18-27 Mei berlangsungnya peperiksaan penggal 1. Semoga semua pelajar dapat mempamerkan prestasi yang membanggakan.

~Trampil dan Jitu~

16 May 2011

Jamuan Sempena Hari Guru 2011

Hasil kerjasama guru-guru, satu jamuan kecil-kecilan telah diadakan di bilik guru bagi meraikan Hari Guru tahun ini. Sambutan hari jadi Pn Lim yang merupakan staf paling senior di SMV Sandakan juga diadakan.

Semasa persiapan
Pn Lim, AKS yang banyak berjasa
'Walaupun tidaklah sehebat mana, namun cukup penuh bermakna'

Semoga sambutan sebegini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama komuniti SMV Sandakan.

Lebih gambar DISINI

Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

~Trampil dan Jitu~

14 May 2011

Minggu Sains dan Matematik

Pada 3 - 13 Mei yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Minggu Sains dan Matematik, dibawah kelolaan Cik Fatimah (Pengarah Program), Pn Arbayana (KB S&M), En Kamil (KP Matematik), Pn Noor Suharteny (KP Sains) serta dibantu oleh guru-guru lain.

Seperti yang dinyatakan dalam entri lepas, antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi. Pada 12 Mei pula, aktiviti pendaratan telur mengambil tempat.

Gambar bawah:AJK sedang mengagih peralatan untuk peserta
Antara pelajar yang mengambil bahagian:
Aktivi Kuiz Sains dan Matematik
Aktiviti Crossword Puzzle dijalankan sepanjang minggu.

Semua keputusan rasmi akan diumumkan pada perhimpunan rasmi 16 Mei nanti.

~Trampil dan Jitu~

09 May 2011

Minggu Sains dan Matematik 2011

Minggu Sains dan Matematik peringkat SMV Sandakan berlangsung pada 3 Mei - 13 Mei 2011. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Ceramah Motivasi, Pertandingan Mendaratkan Telur, Kuiz, Crossword Puzzle, dan juga ucapan semasa perhimpunan daripada beberapa orang pelajar terpilih. Nantikan entri-entri berikutnya untuk bingkisan setiap aktiviti.

"Sains itu Indah, Matematik itu Mudah, Cuma Perlu Ada Kaedah"

~Trampil dan Jitu~

08 May 2011

Pertandingan Bola Tampar Tertutup SMV Sandakan

Kelab Bola Tampar SMV Sandakan hasil pimpinan Encik Kamil telah menganjurkan perlawanan bola tampar tertutup antara warga SMV Sandakan. 9 pasukan pelajar dan 3 pasukan guru menyertai pertandingan ini.

Semasa persiapan


Aktivti seperti ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga SMVS dan seterusnya melahirkan warga yang cergas dan sihat.

~Trampil dan Jitu~