29 June 2011

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Zon Sandakan 2011

Pertandingan Robotik Peringkat Zon Sandakan 2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, SASBADI serta Pusat Sains Negara (MOSTI) telah diadakan di SM Sung Siew pada 23 Jun 2011. SMV Sandakan telah menghantar 6 pasukan, 5 pasukan untuk kategori Regular, dan 1 pasukan untuk kategori Open.
Pendaftaran
Berikut adalah keputusan pertandingan bagi wakil SM Vokasional Sandakan:

Kategori Regular
  • Tempat pertama: Hariady,Feazam dan Nurul Syafika
  • Tempat ke-3: Annette Odette, Quratul'ain dan Suraini (hanya 1 saat di belakang SMK Bukit Garam)
  • Tempat ke-4: Syazana, Siti Alifah dan Nur Azreena
  • Tempat ke-5: Zulfazlie, Rosdi dan Norikhwan
Wakil kategori Open juga menjadi juara (Tajrin, Noradriana dan Mohd Hafiz)

Tahniah diucapkan kepada wakil SMVS dibawah bimbingan En Mohd Jazril, En Aidil, En Hanil Raaj dan Cik Sarah.

Semoga kejayaan terus milik kita diperingkat seterusnya.
Untuk lebih gambar (gambar pemenang), KLIK SINI

~Trampil dan Jitu~

22 June 2011

Sambutan Hari Guru SMVS (Bahagian 1)

Pada 22 Jun 2011 (Rabu), sambutan hari guru peringkat sekolah telah dijalankan. Pada sambutan fasa pertama ini, terdapat 3 sukan yang dipertandingkan yang mana melibatkan pelajar dan guru. Bola jaring, bola tampar dan darts adalah sukan-sukan tersebut.
Pengetua juga turut memberikan sokongan


Aktiviti seperti ini diharapkan dapat merapatkan silaturahim dan ukhwah antara guru dan guru serta dengan pelajar disamping melepaskan lelah setelah penat bekerja. Tahniah juga diucapkan kepada para pengawas SMVS atas kejayaan menganjurkan acara ini.

~Trampil dan Jitu~

Ceramah Hala Tuju Kerjaya

Satu ceramah yang disasarkan untuk pelajar tingkatan 5 telah dijalankan pada 20 Jun 2011 di Dewan Serbaguna SMVS. 2 orang wakil daripada Universiti Multimedia (MMU) telah memberikan ceramah tentang fasiliti, kursus ditawarkan serta peluang kerjaya yang berkaitan dengan MMU. Diharapkan acara seperti ini dapat membuka mata pelajar tentang peluang yang perlu mereka rebut untuk menjamin masa depan.


~Trampil dan Jitu~

Pelantikan dan Angkat Sumpah Pengawas Ting. 4 2011

Pada 20 Jun 2011 (Isnin), satu majlis ringkas diselitkan semasa perhimpunan rasmi iaitu Pelantikan dan Angkat Sumpah Pengawas Tingkatan 4 2011. Dikendalikan oleh En Kamil selaku Ketua Guru Disiplin SMV Sandakan, surat pelantikan diserahkan oleh pengetua, Pn Ong Poh Suan. Seramai 16 orang pengawas dilantik dan diharapkan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan efektif.


Pengetua menyampaikan surat pelantikan



~Trampil dan Jitu~

17 June 2011

Sesi Fotografi Majalah Sekolah 2011

Pada 13 dan 15 Jun yang lalu, Unit Fotografi bagi Sidang Redaksi 2011 telah pun menjalankan sesi bergambar untuk majalah sekolah. Gambar setiap kelas, kelab dan persatuan, sukan dan permainan, unit beruniform serta beberapa unit lain adalah yang terlibat dalam sesi ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang memberikan kerjasama.

Sidang Redaksi 2011


~Trampil dan Jitu~