26 August 2011

Program PIBG Ogos 2011

Pada 21 Ogos 2011 (Ahad) yang lalu, PIBG SMV Sandakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Penyerahan Bantuan Zakat dan Berbuka Puasa. Majlis ini dihadiri oleh para ibu bapa, guru dan juga pelajar-pelajar SMVS.

Untuk Majlis Khatam Al-Quran, pelajar-pelajar dari kelas 4 PLC dan 4 PPN berjaya khatam dan mendapat sijil penyertaan dan senaskah al-Quran sumbangan PIBG.

Penyerahan Bantuan Zakat pula diberikan kepada 66 orang pelajar yang merupakan anak yatim dan miskin. Tahniah diucapkan di atas penganjuran ini dan terima kasih atas semua yang memberikan sumbangan dan kerjasama.
Peserta Majlis Khatam Al-Quran
Antara tetamu yang hadir
Ucapan oleh YDP PIBG, En Zulkifli
Penerima hadiah dan sijil untuk Khatam Al-Quran dan Tadarus
Sesi tazkirah oleh Ustaz Fadle sementara menunggu waktu berbuka

Sekali lagi, tahniah atas penganjurang buat julung kali ini.

~Terampil dan Jitu~

20 August 2011

Pertandingan Hiasan Kolum

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, pihak SMVS di bawah kelolaan Panitia Sejarah menganjurkan beberapa aktiviti kepada pelajar bagi menaikkan semangat cintakan negara. Antaranya ialah pertandingan Hiasan Kolum yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2011 bertempat di Dewan Serbaguna SM Vokasional Sandakan.
Taklimat diberikan kepada para peserta
Permulaan diberikan beberapa bungkus beras yang pelbagai warna, pensil dan logo satu Malaysia.

Para hakim yang berdedikasi

Nantikan keputusannya! Diharapkan semua yang terlibat mendapat impak positif daripada pertandingan ini.

~Terampil dan Jitu~

18 August 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54

Sambutan peringkat SMVS ini berlangsung pada 18 - 16 September 2011. Banyak acara yang dirancang untuk memeriahkan lagi Bulan Patriotik ini seperti:
  1. Hiasan Kolam
  2. Teka Silang Kata
  3. Deklamasi Sajak Patriotik
  4. Sketsa Merdeka
  5. Garisan Kemerdekaan
  6. Majlis Penangguhan
Diharap semua pelajar dan guru dapat menyertai dan memeriahkan lagi program ini. Tahniah dan semoga berjaya juga diucapkan kepada Panitia Sejarah khususnya di atas penganjuran program ini.

~Terampil dan Jitu~

09 August 2011

Peperiksaan EXCEL Tingkatan 5

8 Ogos - 19 Ogos 2011, pelajar tingkatan 5 SMVS akan menempuh satu lagi cabaran sebagai pelajar. Mereka akan menghadapi peperiksaan EXCEL yang mana akan menguji persediaan mereka untuk menghadapi SPM kelak. Semoga berjaya semua!





~Terampil dan Jitu~

06 August 2011

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-24

Pada 27 dan 28 Julai 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-24 yang bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Seperti kelazimannya, dapat disaksikan persaingan antara 3 rumah sukan, iaitu Wira, Perdana dan Satria. Terdapat 18 acara yang dipertandingkan sepanjang hampir 2 hari kejohanan.
Antara acara sepanjang kejohanan:


Pasukan sorak yang sentiasa memberi sokongan:
Para petugas yang dedikasi:
Para pemenang Anugerah Khas:
Erman Bala Dominikus (SATRIA) - Olahragawan 2011Susanti Sudirman (Perdana) - Olahragawati 2011Juara Keseluruhan - En Azrulhisham (Ketua Guru Rumah Sukan Wira)

Juara Perbarisan: WIRA

Wira menjadi juara keseluruhan manakala Perdana tempat kedua dan Satria tempat ke-3. Disebalik persaingan antara rumah sukan ini, namun perjuangan tetap berlandaskan objektif yang sama tanpa sebarang rasa permusuhan.
Tetap bersatu: Wira, Perdana dan Satria

~Terampil dan Jitu~