27 September 2011

Majlis Pra-Pelancaran Hari Aids Sedunia Peringkat Daerah Sandakan

Bertempat di SMK Sandakan 2, pada 24 September (Sabtu) yang lalu, satu acara sempena Hari Aids Sedunia telah dijalankan dan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan mewarna, melukis poster kreatif dan pidato. SMVS juga tidak ketinggalan menghantar wakil pelajar seramai 4 orang (Melukis Poster) dan 2 orang pelajar perempuan (Pidato). Adik Fazlin Bte Abu telah berjaya mendapat tempat ke-3 untuk acara Pidato.

Tahniah diucapkan dan sekalung penghargaan juga untuk guru pengiring, En Md Khairullizam Che Ideris.


~Terampil dan Jitu~

25 September 2011

Majlis Penangguhan Bulan Patriotik & Sambutan Aidilfitri 2011

Pada 23 September 2011 (Jumaat), satu majlis berkembar iaitu Majlis Penangguhan Bulan Patriotik & Sambutan Aidilfitri 2011 telah dijalankan di Dewan Serbaguna SMVS. Majlis ini adalah hasil kerjasama Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Islam SMVS. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti penyampaian hadiah untuk para pemenang aktiviti Bulan Patriotik, Masterchef, Bintang di cari, Jejaka Segak dan Puteri Anggun di Pagi Raya dan juga Sketsa Aidilfitri. Jamuan di akhir majlis juga merapatkan lagi silaturahim dalam kalangan komuniti SMVS.

Nantikan entri berikutnya untuk gambar-gambar sepanjang majlis beserta keputusan pertandingan-pertandingan yang diadakan.

~Terampil dan Jitu~