14 November 2011

Pengakhiran 2011

Cuti Akhir Tahun

11 Nov 2011-4 Januari 2012

Sijil Pelajaran Malaysia 2011 (14 Nov - 14 Dis 2011)


Semoga berjaya semua calon SMV Sandakan

Jumpa lagi tahun 2012, semoga lebih baik dalam segenap segi.

~Terampil dan Jitu~

12 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Majlis Graduasi 2011

Pada 10 November (Khamis) yang lalu, satu majlis yang boleh dianggap sebagai penutup kepada sesi persekolahan 2011, iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Majlis Graduasi 2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna SMVS. Majlis ini diserikan dengan beberapa seri persembahan oleh para pelajar asrama SMVS. Selain daripada penganugerahan kepada para pelajar yang memberikan sumbangan dan cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum, upacara penyerahan amanat juga diberikan sebagai lambang meneruskan legasi perjuangan.
Ucapan wakil pelajar tingkatan 5, Zaidul Arasin
Upacara penyerahan amanat
Ucapan wakil pelajar tingkatan 4, Nurul Afiqah
Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pn Hajah Kamariah Lapaturusi, Ketua Unit Teknik & Vokasional, Pengurusan Akademik PPD Sandakan yang bertindak sebagai perasmi,penyampai anugerah kecemerlangan khas dan juga menyempurnakan majlis graduasi bagi pelajar SKM 2011.

Anugerah Kecemerlangan Khas 2011:
  • Pelajar Terbaik Tingkatan 4 : Loletha Rita Abiddin (4 PLC)
  • Pelajar Terbaik Tingkatan 5 : Ben Kennedy Abidin (5 KFL)
  • Pelajar Terbaik Asrama Keseluruhan: Shamsul B Sangkala (5 Auto)
  • Pelajar Terbaik Ko-kurikulum: Erman Bala Dominikus (5 KFL)
  • Pelajar Terbaik Keseluruhan: Anette Odette Joseph (5 PLC)
Tahniah kepada semua, semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

~Terampil dan Jitu~

03 November 2011

Info Terkini (Ringkas)

Bengkel SPM (Pecutan Akhir)

Selepas pelajar SMV Sandakan selesai menjalani peperiksaan, pelajar tingkatan 5 meneruskan sesi persekolahan dengan bengkel SPM. Terdapat panitia yang membincangkan soalan-soalan tahun lepas dan menjemput penceramah sebagai pendedahan terhadap skema pemarkahan dan bentuk soalan sebenar.

Program Outreach

Bermula pada hingga 3 November, program Outreach ke sekolah-sekolah serata daerah Sandakan hingga ke Telupid telah dilaksanakan. Program ini bagi mempromosikan SMV Sandakan seterusnya menarik minat para pelajar untuk menyertai komuniti SMVS. Info-info tentang kursus yang ditawarkan, cara memohon dan banyak kali merupakan intipati utama program ini.

~Terampil dan Jitu~