28 July 2011

Kejohanan Merentas Desa kali ke-9

Pada 23 Julai (Sabtu), SMV Vokasional sekali lagi menganjurkan kejohanan merentas desa yang mempamerkan persaingan antara 3 rumah sukan, Wira, Perdana dan Satria. Laluan sejauh 6.8 km telah ditempuhi oleh pelajar-pelajar yang berjuang demi rumah sukan masing-masing.
Sesi pemanasan badanPelepasan oleh Pn Pengetua
Checkpoint
Erman Bala (Pemenang kategori lelaki)
Susanti sudirman (Pemenang Kategori Perempuan)
En Azlan Mahmuddin (Ketua Guru Rumah Sukan Perdana)

Kejohanan merentas desa ini dimenangi oleh Perdana (51 mata), Satria (48 mata) dan diikuti Wira (47 mata). Kejohanan ini merupakan permulaan sebelum Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24 pada 27 & 28 Julai. Nantikan entri berikutnya.

~Trampil dan Jitu~

20 July 2011

Pra-Latihan Kebakaran

Pada 20 Julai 2011, telah dijalankan Pra-Latihan Kebakaran selepas perhimpunan harian. Pra-latihan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar apa tindakan yang perlu dilakukan jika berlakunya kebakaran
Guru-guru yang memerhati dan memberi taklimat kepada semua pelajar
Semua pelajar bergegas turun dengan teratur ke tapak yang disediakan.
Semua pelajar berkumpul di tapak yang lapang iaitu di Tapak letak kenderaan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama.

~Trampil dan Jitu~

Latihan Sukan 2011

Bermula 18 Julai 2011 yang lalu telah bermulanya latihan sukan bagi setiap rumah sukan (Perdana,Wira dan Satria) yang diadakan di sekitar kawasan SM Vokasional Sandakan dan Padang SMK Sandakan.

Oleh itu setiap rumah sukan telah membuat pemilihan pelajar bagi acara-acara yang dipertandingkan. Strategi dan percaturan sedang di rancang bagi merebut Piala Pusingan Kejohanan Sukan Tahunan tahun ini.
Satria
Wira
Perdana
Semoga semua pihak dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan peningkatan kualiti pada Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini.

~Trampil dan Jitu~

13 July 2011

Larian Serentak 1M1S1M

Satu lagi usaha untuk mencatat rekod di dalam Malaysia's Book of Record telah dilakukan dan SMVS juga menyokong usaha ini. Larian serentak seluruh negara sejauh sekurang-kurangnya 1.5km telah dilaksanakan pada 2 Julai 201, seramai 265 orang warga SMVS yang menyertai acara ini.
Sesi Pendaftaran
Senamrobik
Pelepasan oleh En Nurdin B Ahmad, YDP PIBG SMV SandakanSelepas tamat larian

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua.

~Trampil dan Jitu~

06 July 2011

Perkhemahan HUB 2011

Pada 24-26 Jun yang lalu, bertempat di Sepilok Jungle Resort telah dijalankan Perkhemahan HUB 2011 yang menggabungkan 4 unit beruniform SMVS (Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, PPIM dan St John). Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Water Confident, Flying Fox, Burung Pungguk, Malam Kebudayaan, Pertandingan Gajet dan Masakan serta acara kemuncak, Pertandingan Kawad Kaki.

Pertandingan Masakan dimenangi oleh St John, Malam Kebudayaan Milik PPIM manakala Kawad Kaki diungguli oleh Kadet Bomba dan Penyelamat. Diharapkan perkhemahan ini dapat mewujudkan kenyakinan diri serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta.


Tanggungjawab hakiki tidak pernah dilupa, sekumpulan pelajar menunaikan solat.

Ketibaan pengetua untuk acara penutupan

Kenangan terindah buat semua.

~Trampil dan Jitu~

02 July 2011

Sambutan Hari Guru SMVS (Bahagian 2)

Para pengawas yang gigih melakukan persiapan

Gambar di atas menggambarkan betapa bersungguh-sungguh para pengawas melakukan persiapan untuk sambutan hari guru fasa ke-1, pada 24 Jun 2011 (Jumaat). Dimulakan dengan perhimpunan rasmi di dewan serbaguna. Guru-guru membaca ikrar yang diketuai oleh Mr Tan dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.
Selepas itu acara diluar dewan iaitu sukaneka dilakukan. Acara disambung di dalam dewan seperti pertandingan karaoke lagu-lagu P Ramlee & Saloma dan anugerah khas untuk guru-guru.
Tahniah kepada gerak kerja penganjur dan semoga acara/sambutan sebegini merapatkan ukhwah antara kita.

~Trampil dan Jitu~