18 October 2011

Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 dan EXCEL Tingkatan 4

Pada 10 - 19 Oktober merupakan masa yang penting bagi pelajar tingkatan 5 SMV Sandakan kerana peperiksaan percubaan, satu peperiksaan sebelum mereka menghadapi SPM dijalankan. Jadikan ini sebagai penanda aras pencapaian semasa dan seterusnya memperbaiki kelemahan bagi menghadapi SPM kelak.

Sementara itu, 13 - 21 Oktober pula merupakan peperiksaan akhir tahun (EXCEL 1) bagi pelajar tingkatan 4. Semoga berjaya buat semua.


~Terampil dan Jitu~

17 October 2011

Pemeriksaan dan Rawatan Gigi

Pada 10 - 17 Oktober 2011, SMV Sandakan dengan hasil usaha Unit Kesihatan Sekolah telah dikunjungi pihak Klinik Kesihatan (Unit Rawatan Gigi) bagi melakukan pemeriksaan dan seterusnya rawatan gigi bagi semua pelajar SMVS.

Semoga semua mendapat manfaat daripada program ini.


~Terampil dan Jitu~

07 October 2011

Bengkel Kecemerlangan SPM 2011

Pada 3-7 Oktober 2011, Bengkel Kecemerlangan SPM 2011 dijalankan di peringkat SMV Sandakan. Bengkel ini melibatkan semua pelajar tingkatan 5 dan guru-guru metapelajaran. Terdapat beberapa metod yang dijalankan untuk bengkek ini seperti teknik menjawab soalan, ceramah oleh guru-guru berpengalaman dan menjawab soalan-soalan SPM lepas.

Semoga bengkel ini mampu menjana lagi kecemerlangan pelajar SMV Sandakan dan menyediakan mereka untuk SPM kelak.

~Terampil dan Jitu~