02 August 2012

Kemaskini Terkini (Julai)

Assalammualaikum...sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini, maaf atas kesibukan admin.

Berikut merupakan antara aktiviti/program yang berlaku sepanjang bulan Julai.

1). Pada 10 Julai 2012 (Selasa), satu senaman Aerobik 1M1S 1 Malaysia telah dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia, yang merupakan lambang pembudayaan budaya sihat dalam kalangan Malaysia.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, senaman aerobik ini telah dijalankan selama 30 minit.  Semua guru dan kakitangan serta pelajar terlibat sebagai tanda sokongan.

Barisan instruktor, diketua oleh En Asnawi dan Cik Noorul Farissa

2). Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-10

Pada 14 Julai 2012 (Sabtu), kejohanan merentas desa SMVS telah dijalankan dengan jayanya. Dengan bantuan daripada semua guru, pasukan ST John Ambulans cawangan Sandakan dan Unit Trafik, semua perkara yang dirancang telah berjaya disempurnakan.  Kejohanan kali ini telah dimenangi oleh adik Azman Kassim (4 Automotif) daripada rumah sukan Perdana dan adik Noranira Pauyong (4 PLC) daripada rumah sukan Perdana juga. Keputusan penuh bagi Kejohanan Merentas Desa kali ini, juara bersama telah diumumkan iaitu Perdana dan Wira (57 mata) dan diikuti Satria dengan 45 mata)

Entri berikutnya akan menceritakan tentang Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 25 2012 yang telah berlangsung pada 18-19 Julai 2012.

Terima kasih.

~Terampil dan Jitu~