20 January 2012

Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Sandakan 2012

Pada 19 & 20 Januari 2012, Kejohanan Hoki MSSD Sandakan telah berlangsung di Padang Hoki, Kompleks Sukan Sandakan. SMVS diberi mandat sebagai penganjur dan pasukan hoki lelaki SMVS juga mengambil bahagian.


Nantikan entri seterusnya untuk laporan ringkas sepanjang kejohanan tersebut.


~Terampil dan Jitu~

14 January 2012

Minggu Serasi 2012

"Transformasi Diri", itulah tema sempena Minggu Serasi 2012. Seperti kelaziman, selepas pendaftaran, minggu pertama persekolahan bagi tingkatan 4 adalah khas untuk mendapatkan sebanyak maklumat tentang SMVSd dan berkenalan dengan komuniti SMVS.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah sesi bersama pentadbir (Pengetua, PK), taklimat oleh Panitia BI & BM untuk Ujian Lisan, taklimat disiplin, koperasi, latihan nyanyian lagu sekolah, dan pelbagai lagi demi mempersiapkan pelajar baharu untuk menjadi warga SMVS.
Pn Hjh Rohani turut memberi taklimat tentang transformasi
Aktiviti Sukaneka
Bersama Pengetua
Antara aktiviti terakhir, Amazing Race

Semoga Minggu Serasi ini memberi impak positif kepada semua pelajar.

~Terampil dan Jitu~

10 January 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 2012

Pada 9hb Jan 2012, pendaftaran pelajar tingkatan 4 dijalankan di Dewan Ukhuwah, SMV Sandakan. Pelajar telah mendaftar mengikut kursus yang ditawarkan dan berurusan dengan pihak koperasi. Taklimat ringkas juga telah diberikan oleh Pn Ong Poh Suan, Pengetua cemerlang SMVS.
Semoga semua pelajar tingkatan 4 berjaya memberi impak positif kepada SMVS.

~Terampil dan Jitu~

06 January 2012

Permulaan Sesi Persekolahan Tahun 2012

4 Januari merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2012. Antara aktiviti pada minggu pertama persekolahan ini ialah pelajar tingkatan 5 diberikan taklimat tentang sesi persekolahan tahun ini dan sesi P&P juga berjalan seperti biasa. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan tenaga pengajar terlibat dengan beberapa taklimat/mesyuarat bagi memantapkan gerak kerja unit masing-masing.

1). 4 January: Taklimat Pendaftaran Ting. 4
2). 6 January: Mesyuarat Pengurusan Data & Mesyuarat J/Kuasa MSM

~Terampil dan Jitu~