18 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul " 1 Malaysia, 1 Ummah"

Sambutan Maulidur Rasul 2011 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral SM Teknik Sandakan telah dilaksanakan dengan jayanya seperti ketetapan di bawah.

Tarikh: 18 Februari 2011
Lokasi: Dewan Serbaguna SM Teknik Sandakan


Persiapan telah dilakukan beberapa hari lebih awal seperti penyediaan sepanduk, persiapan tempat dan juga latihan nasyid oleh para pelajar. Antara pengisian sambutan tersebut ialah Pertandingan Nasyid antara kelas, Pertandingan Kuiz dan bacaan ayat-ayat suci al Quran.

Sambutan dimulakan seawal 7.00 pagi, dengan perarakan sambil melaungkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas itu, pertandingan nasyid dan pertandingan kuiz di jalankan sebelum majlis penutupan mengambil tempat. Berikut merupakan keputusan pertandingan:

Pertandingan Nasyid (antara kelas):

Johan : 4 Automotif
N.Johan : 5 Automotif
Ketiga: 5 PPN

Pertandingan Kuiz (antara kursus):

Johan : AUTOMOTIF
N.Johan : PPN

Entri berikutnya bakal memaparkan gambar-gambar/video sepanjang sambutan ini diadakan.

"1 Malaysia, 1 Ummah"

~Trampil dan Jitu~

3 comments:

Anonymous said...

test2...

sayajaz.blogspot.com said...

xkan test je.mantap la kamu punye blog ni.harap dapat memberi info yang manafaat kepada semua warga Santechs dan bekas warga santechs.tq

SMV SANDAKAN said...

graphic santechs club>xla semantap blog anda...harap dapat beri tunjuk ajar...:)