Pada 23 Julai (Sabtu), SMV Vokasional sekali lagi menganjurkan kejohanan merentas desa yang mempamerkan persaingan antara 3 rumah sukan, Wira, Perdana dan Satria. Laluan sejauh 6.8 km telah ditempuhi oleh pelajar-pelajar yang berjuang demi rumah sukan masing-masing.
Kejohanan merentas desa ini dimenangi oleh Perdana (51 mata), Satria (48 mata) dan diikuti Wira (47 mata). Kejohanan ini merupakan permulaan sebelum Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24 pada 27 & 28 Julai. Nantikan entri berikutnya.
~Trampil dan Jitu~