06 July 2011

Perkhemahan HUB 2011

Pada 24-26 Jun yang lalu, bertempat di Sepilok Jungle Resort telah dijalankan Perkhemahan HUB 2011 yang menggabungkan 4 unit beruniform SMVS (Kadet Bomba dan Penyelamat, Kadet Remaja Sekolah, PPIM dan St John). Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Water Confident, Flying Fox, Burung Pungguk, Malam Kebudayaan, Pertandingan Gajet dan Masakan serta acara kemuncak, Pertandingan Kawad Kaki.

Pertandingan Masakan dimenangi oleh St John, Malam Kebudayaan Milik PPIM manakala Kawad Kaki diungguli oleh Kadet Bomba dan Penyelamat. Diharapkan perkhemahan ini dapat mewujudkan kenyakinan diri serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta.


Tanggungjawab hakiki tidak pernah dilupa, sekumpulan pelajar menunaikan solat.

Ketibaan pengetua untuk acara penutupan

Kenangan terindah buat semua.

~Trampil dan Jitu~

No comments: