26 August 2011

Program PIBG Ogos 2011

Pada 21 Ogos 2011 (Ahad) yang lalu, PIBG SMV Sandakan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran, Penyerahan Bantuan Zakat dan Berbuka Puasa. Majlis ini dihadiri oleh para ibu bapa, guru dan juga pelajar-pelajar SMVS.

Untuk Majlis Khatam Al-Quran, pelajar-pelajar dari kelas 4 PLC dan 4 PPN berjaya khatam dan mendapat sijil penyertaan dan senaskah al-Quran sumbangan PIBG.

Penyerahan Bantuan Zakat pula diberikan kepada 66 orang pelajar yang merupakan anak yatim dan miskin. Tahniah diucapkan di atas penganjuran ini dan terima kasih atas semua yang memberikan sumbangan dan kerjasama.
Peserta Majlis Khatam Al-Quran
Antara tetamu yang hadir
Ucapan oleh YDP PIBG, En Zulkifli
Penerima hadiah dan sijil untuk Khatam Al-Quran dan Tadarus
Sesi tazkirah oleh Ustaz Fadle sementara menunggu waktu berbuka

Sekali lagi, tahniah atas penganjurang buat julung kali ini.

~Terampil dan Jitu~

No comments: