12 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Majlis Graduasi 2011

Pada 10 November (Khamis) yang lalu, satu majlis yang boleh dianggap sebagai penutup kepada sesi persekolahan 2011, iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar & Majlis Graduasi 2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna SMVS. Majlis ini diserikan dengan beberapa seri persembahan oleh para pelajar asrama SMVS. Selain daripada penganugerahan kepada para pelajar yang memberikan sumbangan dan cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum, upacara penyerahan amanat juga diberikan sebagai lambang meneruskan legasi perjuangan.
Ucapan wakil pelajar tingkatan 5, Zaidul Arasin
Upacara penyerahan amanat
Ucapan wakil pelajar tingkatan 4, Nurul Afiqah
Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pn Hajah Kamariah Lapaturusi, Ketua Unit Teknik & Vokasional, Pengurusan Akademik PPD Sandakan yang bertindak sebagai perasmi,penyampai anugerah kecemerlangan khas dan juga menyempurnakan majlis graduasi bagi pelajar SKM 2011.

Anugerah Kecemerlangan Khas 2011:
  • Pelajar Terbaik Tingkatan 4 : Loletha Rita Abiddin (4 PLC)
  • Pelajar Terbaik Tingkatan 5 : Ben Kennedy Abidin (5 KFL)
  • Pelajar Terbaik Asrama Keseluruhan: Shamsul B Sangkala (5 Auto)
  • Pelajar Terbaik Ko-kurikulum: Erman Bala Dominikus (5 KFL)
  • Pelajar Terbaik Keseluruhan: Anette Odette Joseph (5 PLC)
Tahniah kepada semua, semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

~Terampil dan Jitu~

No comments: