7-9 Mac 2011, tercatat satu lagi sejarah bagi penganjuran Temasya Olahraga MSSD Sandakan kali ke-52. Berikut bingkisan sepanjang hari ke-3 temasya ini.
Walaupun hujan membasahi kompleks sukan seawal 7.45 pagi, semangat untuk meneruskan acara-acara dihari terakhir temasya ini tidak pernah pudar. Acara
Lontar Peluru (L18) membuka tirai dengan wakil SMVS iaitu Rico Philip dan Andy N Norman, namun rezeki tidak menyebelahi mereka kerana tidak berjaih meraih sebarang pingat.
Seterusnya acara
200 M (L & P18) yang diwakili oleh Nazib Nujum (25.51s) dan Mohd Azmadi (25.79s) serta Aprilcilla Roger (33.56s) dan Nor Atikah Bt Abd Mubarak (33.80s). Namun pengalaman dan latihan yang kurang mencukupi membezakan pencapaian wakil SMVS ini dengan atlet pecut sekolah lain dan seterusnya gagal melangkah ke akhir.
Persiapan atlet pecut SMVS Acara seterusnya ialah
800 M (L18), kali ini giliran Zulfazlie Azmi dan Mohd Tamrin untuk berjuang. Namun sekali lagi, nasib tidak menyebelahi adik Zulfazlie dan Mohd Tamrin kerana masing-masing hanya berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke 26 dan 11, daripada 29 peserta keseluruhan.
Acara terakhir yang dipertandingkan untuk temasya kali ini ialah
4 x 400 M (L18). Skuad SMVS berjaya melangkah ke pusingan akhir.
Sesi regangan sebelum melangkah ke trekKeputusan: Walaupun telah berusaha sehabis baik, namun pelari-pelari 400 M SMVS hanya berjaya mendapat tempat ke-4.Agenda diteruskan dengan majlis penangguhan. Seperti kelaziman, majlis penangguhan diserikan dengan pertandingan perbarisan daripada kontinjen yang bertanding. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Sharif Mahada Sharif Attar.
Pasukan Pancaragam SMK Sung Siew Kontinjen SM Vokasional Sandakan Antara kontinjen yang bertanding Persembahan silat (SMK Batu Sapi) Berakhirlah temasya olahraga kali ini. Sekalung apresiasi dan tahniah diucapkan kepada insan-insan yang menjadi tulang belakang dan bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan dan kebajikan atlet-atlet olahraga SMVS, barisan jurulatih dan pengurus pasukan,
En Wan Razali, En Asnawi, En Hadisa Pawi dan Cik Sarah.
Diharapkan pengalaman kali ini mampu menjana strategi-strategi baru seterusnya membuahkan kejayaan-kejayaan manis buat kontinjen SMVS. Tahniah buat semua!
~Trampil dan Jitu~