08 March 2011

Temasya Olahraga MSSD Sandakan ke-52 (Bahagian 2)

Hari kedua (8 Mac) telah pun melabuhkan tirainya. Berikut serba sedikit catatan sepanjang hari ini.

8.00 pagi, acara Melempar Cakera (L18) yang diwakili oleh adik Mohd Hafiz (juga wakil merejam lembing) dan adik Andy N Norman membuka tirai. Adik Mohd Hafiz hanya berjaya mendapat tempat ke-4.
Andy N Norman

Acara 400 M (L&P18) pula mengambil tempat. SMVS diwakili oleh adik Lolletha Rita Abidin, Erman Bala dan Zulfazlie Bin Azmi.

Lolletha Rita
Zulfazlie

Keputusan: Saringan menyaksikan catatan masa berikut, Lolletha (1m35.94s), Zulfazlie (1m03.66s) dan Erman Bala (56.13s). Erman Bala berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya memperbaiki catatan masanya (55.39s) untuk merangkul pingat gangsa.

Pada pukul 9.10 pagi, acara Merejam Lembing (P18) yang diwakili oleh adik Shazean Bt Jimmy berlangsung.
Keputusan: Emas menjadi milik adik Shazean dengan rejaman terbaik sejauh 19.25m.

Semasa acara merejam lembing berlangsung, pelari-pelari untuk acara 4x100 M membuat persiapan akhir. Acara ini merupakan acara yang mampu menyumbang pingat emas kepada skuad SMVS.

Keputusan: Skuad P18 mendapat pingat perak dengan catatan masa 59.94s, belakang SMK Segaliud (58.84s). Skuad lelaki kurang bernasib baik kerana tidak berjaya mengisi tiga tempat teratas.

Seterusnya acara 110 M Lari berpagar (L18). Adik Selvester berjaya melangkah ke pusingan akhir dan menamatkan larian ditempat ke-4 dengan masa 18.60s. Adik Shazean sekali lagi menyertai acara Lempar Cakera (P18) namun gagal meraih sebarang tempat.

Sebelah petangnya pula, acara Lompat Jauh (L18) dan Lompat Kijang (L18), membariskan adik Farihan B Hussian (lompat jauh & lompat kijang), Habeel B Suwardi (lompat jauh) serta adik Mohd Azmadi B Awang (lompat kijang).

Keputusan: Habeel berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 23 peserta dengan lompatan 5.24m dan Mohd Azmadi ditempat ke-5 daripada 15 untuk acara lompat kijang dengan lompatan sejauh 11.06m.

Acara terakhir pada hari kedua ialah 4 x 400 M yang diwakili oleh adik Mohd Tamrin, Zulfazlie, Erman Bala dan Mohd Azmadi. Saringan ke-2 menempatkan mereka di tempat ke-2 dengan catatan masa 3m55.65s. Pusingan akhir adalah pada hari esok (9 Mac).

Semoga hari terakhir esok (9 Mac) mampu menyumbang kejayaan kepada SMV Sandakan. Tahniah untuk usaha dan kejayaan atlet SMVS setakat ini. Semoga maju jaya.

Kedudukan pingat setakat hari ke-2 (8 Mac):

2 Emas (100 M & Merejam Lembing)
3 Perak (400 M berpagar, 1500 M dan 4x100 M (P18))
3 Gangsa (5000 M, Merejam Lembing dan 400 M)

(Kedudukan keseluruhan: Tempat ke-7)

~Trampil dan Jitu~

7 comments:

Raaj said...

Great job on the update.. Well done and keep it up :)

SMV SANDAKAN said...

Thanx cgu raaj...;) will try my best...!

muhamad bin kadir said...

walaupun tidak dapat juara d MSSD, mereka boleh bartarung lagi dalam sukan skolah nanti. boleh jadi juara jugak bah nanti.

SMV SANDAKAN said...

Betul tu ustaz, mesti perdana juara LAGI kan? Hehehe...

nawie lee said...

tahniah kepada semua atlet smv yg terlibat d kejohanan oalahraga mssd baru2 ini...tahniah juga kepada guru2 pengiring yg tidak jemu2 memberikan sokongan dari segi rohani & jasmani...

en JOe said...

tu dia nawi...hehe

Unknown said...

alaaahh :D rindunya dengan SMV bila baca blog ne ..