07 March 2011

Temasya Olahraga MSSD Sandakan ke-52 (Bahagian 1)

Bertempat di Kompleks Sukan Sandakan, Temasya Olahraga MSSD Sandakan kali ke-52 yang diterajui oleh SMK Sandakan berlangsung pada 7-9 Mac 2011. SMV Sandakan juga tidak ketinggalan menghantar wakil untuk beberapa acara.

Hari Pertama (7 Mac 2011)

Sebahagian kontinjen SMV Sandakan sebelum memulakan perjalanan ke Kompleks Sukan Sandakan

Hari pertama dimulakan dengan acara 10000 M Jalan Kaki (L18) seawal 7.00 pagi. Adik Shamsul Bin Sangkala mewakili SMVS untuk acara ini.
  • Keputusan: Penyertaan adik Shamsul dibatalkan setelah 7 pusingan dan untuk pengetahuan, tiada pemenang untuk acara ini memandangkan semua peserta dibatalkan penyertaan.
Pada pukul 8.00 pagi, acara Merejam Lembing (L18) mengambil alih, adik Rico Philip dan Mohd Hafiz menjadi wakil SMVS.
  • Keputusan: Mohd Hafiz mendapat tempat ke-3 dengan rejaman terbaik 41.16 M manakala adik Rico mendapat tempat ke-4 dengan catatan 40.80 M.
Pada jam 8.45 pagi, giliran adik Erman Bala Dominikus dan Muhd Rizal B Dapungang pula berjuang untuk acara 1500 M (L8).
  • Keputusan: Dengan catatan masa 4 m 58 s, Erman Bala berjaya mendapat pingat perak manakala Rizal tidak mendapat sebarang tempat.
Acara pecut menjadi agenda berikutnya. Saringan 100 M (P8) menempatkan Marieanne Micheal dan Nor Atikah Bt Abd Mubarak masing-masing di saringan 2 dan 3. Rezeki berpihak kepada ke-2-2 wakil SMVS ini, Marianne dengan catatan masa 14.29saat dan Atikah 15.23s berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir pada sebelah petangnya.

Sesi 'warm-up' bagi atlet pecut SMVS
  • Keputusan: Pentas akhir menyaksikan adik Marianne menggondol emas dengan catatan masa 13.53s dan adik Nor Atikah mendapat tempat ke-7 dengan catatan masa 15.23s.
Larian sang juara

Acara 100 M (L8) pula diwakili oleh Nazib B Nujum dan Anhtony Dulay.
  • Keputusan: Nasib tidak menyebelahi ke-2-2 putera SMVS ini kerana tidak berjaya ke pentas akhir.
Saringan 400 M berpagar (L8) pula diwakili oleh adik Selvester dan Mohd Tamrin.

Keputusan: Selvester berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya menggondol pingat perak dengan catatan masa 1.03.67s

Pukul 3.15 ptg pula menyaksikan adik Marieanne menyertai acara Lompat Jauh (P18) namun hanya berjaya mendapat tempat ke-6 daripada 11 peserta. Acara 5000 M sekali lagi membariskan adik Erman Bala dan adik Rizal dan pingat gangsa menjadi habuan untuk adik Erman Bala.

Menjelang tamatnya hari pertama, saringan acara 4 x 100 M (L&P18) menjadi tumpuan.

Pasukan 4x100 M SMVS

Adik Marieanne tiada dalam gambar kerana terlibat dengan acara lompat jauh

Keputusan: Dengan bekalan catatan masa 1.00.16s, pasukan perempuan SMVS berjaya menempah tempat di peringkat akhir yang akan dilangsungkan esok (8 Mac). Semoga kejayaan bakal menyusul.

Berakhirlah hari pertama Temasya Olahraga MSSD Sandakan. Diharapkan hari-hari esok menjanjikan berita gembira buat kontinjen SMVS.

Kedudukan pingat setakat hari pertama:

1 Emas (100 M P-Marieanne)
2 Perak (400 M Berpagar-Selvester dan 1500 M-Erman Bala)
2 Gangsa (5000 M-Erman Bala dan Merejam Lembing-Mohd Hafiz)

"1 Pelajar, 1 Sukan"

~Trampil dan Jitu~

4 comments:

sayajaz.blogspot.com said...

tahniah buat atlit Teknik. yang kurang bernasib baik sila cuba lagi..

SMV SANDAKAN said...

btul...cuba lagi...:)

muhamad bin kadir said...

tahniah kepada semua pemenang. harap mereka ini sekali lagi akan mewarnai temasya sukan sekolah kita nant. SYABAS

SMV SANDAKAN said...

Setuju dengan ustaz...:)